Imbasan sejarah penubuhan syarikat: Diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji
Othman Omar bersama isteri beliau, Puan Hajjah Esah Omar pada tahun
1983. Asal penubuhan syarikat ini ialah untuk membuka peluang perniagaan
secara MLM kepada kaum Bumiputera Islam di negara ini dengan
mengeluarkan produk-produk yang HALAL, BERMUTU & SELAMAT serta
bertaraf piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practise) Setelah memasuki
pasaran di Malaysia yang semakin sengit dan pelbagai cabaran telah
ditempuhi selama 27 tahun sejak penubuhannya, Ana Edar masih berdiri
teguh dan semakin kukuh. Kini Ana Edar bergiat secara aktif di bangunan 3
tingkat milik sendiri di Gombak, Selangor dan ingin menjemput tuan-tuan
dan puan-puan untuk mengunjungi kami pada masa yang bersesuaian dan
kami pasti dan gembira untuk berkongsi kebaikan bersama semua.
Jadikanlah profil facebook Ana Edar sebagai tempat kita berkongsi apa
saja info, pengetahuan am, cerita-cerita hangat, berita-berita sensasi
yang boleh memanfaatkan perjuangan kita dan boleh dijadikan tempat kita
berkongsi pendapat. Lain orang lain cara berfikir kan?
No comments:
Post a Comment