Tuesday 18 February 2014

Falsafah Perniagaan dan Kekuatan Ana Edar Sdn. Bhd.


Sesuai dengan falsafah perniagaan Islam, Ana Edar Sdn. Bhd. sentiasa menekankan keperluan mempertingkatkan ekonomi ummah melalui perniagaan yang bersih, halal dan urusniaga yang kompeten dan ikhlas.
 
Ana Edar mengajak anda menjadi sebahagian daripada warga keluarga Ana sama ada sebagai pengguna, pengedar/ahli atau stokis, dan sama-sama berjuang memajukan ekonomi umat Islam. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kita.
Pengalaman Lebih 15 Tahun dalam MLM

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. kini sudah menimba hampir 15 tahun pengalaman dalam perniagaan pasaran berbilang tingkat atau 'multi level marketing'. Pengalaman ini amat penting dan bermakna bagi memastikan syarikat terus beroperasi dengan lancar dan sesuai dengan aspirasi para ahli.
Perniagaan tanpa Riba' & Menuju ke arah IMP

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. tidak terlibat dengan perniagaan berteraskan riba' mahupun apa-apa pinjaman yang melibatkan faedah. Segala urusan dijalankan secara tunai dan hal ehwal perbankan syarikat dijalankan di Bank Islam Malaysia Berhad. Syarikat Ana Edar S/B juga kini mengambil langkah-langkah positif ke arah menggunakan piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) untuk pengeluaran barang untuk memastikan produk yang halaalan serta thoyyiba.
Sistem Berkomputer Sepenuhnya

Semua transaksi urusniaga di ibupejabat seperti pengiraan bonus, rekod pengedar dan inventori stokis dilakukan dengan komputer sepenuhnya. Ini membolehkan penyelarasan dan pengeluaran cek bonus dilakukan dengan cepat dan efisien. Sistem berkomputer ini juga membolehkan para pengedar membuat semakan terhadap jumlah mata, rekod bonus, jumlah lantikan dan sebagainya.
Kemudahan Sistem Online

Ana Edar Sdn. Bhd. terus melangkah ke hadapan dengan mewujudkan sistem online yang membolehkan para ahli membuat transaksi serta beberapa urusan lain melalui internet. Antara perkhidmatan yang sudah siap beroperasi ialah :
  • Membuat belian barang secara online (kad kredit)
  • Membuat semakan downline/rangkaian
  • Membuat lantikan secara online
  • Mendapat maklumat terkini daripada syarikat
  • Menghantar bil belian (stokis) secara online
Produk Bermutu pada Harga Berpatutan

Produk jenama Ana sudah wujud di pasaran sejak tahun 80an dan ini membuktikan permintaan yang baik terhadap barangan Ana. Syarikat sentiasa prihatin tentang kualiti produk yang dipasarkan agar memenuhi permintaan orang ramai. Harga barangan juga dipantau supaya sentiasa berpatutan kerana Syarikat berpegang kepada prinsip bahawa barangan berkualiti tidak semestinya mahal dan membebankan ahli mahupun pengguna.

No comments:

Post a Comment