Tuesday 18 February 2014

Sejarah penubuhan Syarikat ANA EDAR

Imbasan sejarah penubuhan syarikat: Diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Othman Omar bersama isteri beliau, Puan Hajjah Esah Omar pada tahun 1983. Asal penubuhan syarikat ini ialah untuk membuka peluang perniagaan secara MLM kepada kaum Bumiputera Islam di negara ini dengan mengeluarkan produk-produk yang HALAL, BERMUTU & SELAMAT serta bertaraf piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practise) Setelah memasuki pasaran di Malaysia yang semakin sengit dan pelbagai cabaran telah ditempuhi selama 27 tahun sejak penubuhannya, Ana Edar masih berdiri teguh dan semakin kukuh. Kini Ana Edar bergiat secara aktif di bangunan 3 tingkat milik sendiri di Gombak, Selangor dan ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk mengunjungi kami pada masa yang bersesuaian dan kami pasti dan gembira untuk berkongsi kebaikan bersama semua. Jadikanlah profil facebook Ana Edar sebagai tempat kita berkongsi apa saja info, pengetahuan am, cerita-cerita hangat, berita-berita sensasi yang boleh memanfaatkan perjuangan kita dan boleh dijadikan tempat kita berkongsi pendapat. Lain orang lain cara berfikir kan?

No comments:

Post a Comment